ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 03, 2022

RAYUAN DERMA PROJEK TELAGA AIR DENGAN PAM BERTENAGA SOLAR

RM1,685 / 11.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Seramai 32 murid-murid serta 10 orang guru dan kakitangan sekolah bergantung sepenuhnya dengan air hujan sahaja di pulau yang terpencil ini. Ayuh kita bantu membina sebuah telaga air pam solar.

RAYUAN DERMA PROJEK TELAGA AIR DENGAN PAM BERTENAGA SOLAR


1) Latarbelakang Pulau Tanjung Manawali (PTM):


Pulau ini terletak dalam gugusan Pulau Banggi, di dalam Daerah Kudat, Sabah. Jumlah penduduk pulau ini dianggarkan lebih 250 orang, majoriti dari mereka adalah nelayan laut.


Tiada perkhidmatan feri atau bot terus ke pulau ini dari tanah besar Kudat. Jika hendak ke pulau ini, seseorang itu perlu terlebih dahulu mengambil feri ke Pulau Banggi dari Kudat, seterusnya mengambil bot ke PTM.


2) Latarbelakang Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali (SKTM)


Sekolah ini dibuka pada tahun 1999 dengan prasarana sebuah bangunan sekolah dan 2 orang guru. Pada masa tersebut belum ada rumah guru, bekalan air dan elektrik disediakan.


Pada tahun 2004, sebuah rumah guru telah disiapkan dengan tangki air untuk menadah air hujan sebagai bekalan air. Pada tahun 2009, sistem solar hybrid dan sebuah lagi rumah guru beroperasi sepenuhnya.


Kini, SKTM memiliki 9 orang guru dan 1 kerani serta 32 pelajar.


3) Bekalan Air


SKTM bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan untuk keperluan air. Andai berlaku tidak hujan khususnya di musim panas untuk beberapa hari maka mereka akan menghadapi kekurangan bekalan air bersih.



4) Cadangan Projek Telaga Air


Sebagai solusi jangka panjang, Iltizam Relief Society (dahulunya dikenali sebagai Al-I’tisam Relief Program Association) bercadang mengusahakan pembinaan telaga air dengan pam yang menggunakan tenaga solar supaya air dari telaga boleh mengalir ke SKTM serta rumah-rumah guru bila-bila masa diperlukan, hanya dengan memetik suis. Cadangan ini sebenarnya datang dari pihak SKTM sendiri melalui Persekutuan Pengakap Daerah Kudat, yang merupakan rakan strategik Iltizam di Kudat.



5) Cabaran


Pulau ini terletak bersebelahan pulau utama iaitu Pulau Banggi dan di hujung Borneo. Oleh kerana tiada perkhidmatan feri atau bot terus dari tanah besar, maka pembinaan telaga ini memerlukan kos yang tinggi. Pembinaan telaga ini mestilah jauh dari tandas sekolah atau lebih tinggi kedudukannya dari tandas sekolah untuk mengelakkan pencemaran air. Oleh itu, pam bertenaga solar amat diperlukan bagi menyalurkan air telaga terus ke SKTM dan rumah-rumah guru hanya dengan memetik suis.


[Tangki biru itu adalah untuk tadah air hujan. Cadangan lokasi telaga dikorek adalah bertanda biru.]



6) Projek Telaga Air Iltizam Relief Society (Iltizam)


Untuk makluman, Iltizam telah banyak melaksanakan projek telaga air di Kemboja, Bangladesh, Myanmar dan Nepal. Cadangan projek wakaf telaga air di Sabah ini adalah projek perintis untuk Iltizam di tanah air kita sendiri yang ingin diusahakan oleh Iltizam, memandangkan ada keperluan yang mendesak di pulau ini.


Besarlah harapan kami supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan sokongan anda semua.

Ayuhlah dermalah hari ini dan berkongsi pahala berterusan untuk setiap.


Sabda Nabi s.a.w: “Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (Riwayat al-Tirmizi No. 2616)

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat