Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Perkembangan projek telaga air di Pulau Tanjung Manawali:
Alhamdulillah Juma'at lepas kami telah mengeluarkan surat tawaran melaksanakan projek ini kepada kontraktor dan mereka telah terima dan kami telah memayar 50% dari kos keseluruhan, ini lah jumlah yang terkumpul setakat ini.
Hari ini pihak kontraktor telah membeli barang-barang untuk pembinaan telaga tersebut,
Kami masih mencari lagi 50% untuk menampung kos pembinaan telaga ini.
Inilah peluang untuk anda meraih pahala jariah dengan berwakaf untuk pembinaan telaga ini.
23/3/2022, Alhamdulillah lakaran plan untuk telaga di Pulau Tg Manawali telah siap. Kami akan mengeluarkan surat tawaran kepada kontraktor untuk memulakan kerja.
Dana untuk projek ini masih diperlukan, setakat ini terkumpul hanya 50%. Ayuh, kami buka untuk anda berwakaf kerana amal jariah yang sangat beraloi di Akhirat nanti, insya Allah.
PEMBINAAN TELAGA AIR PALING SUKAR!
Pada 28/2/2022 yang lalu, sukarelawan kami di Kudat bersama kontraktor telah pergi ke Pulau Tg Manawali menaiki bot disewa khas. Sewa bot ini sahaja RM700 kerana pulau ini hampir 1 jam perjalanan dari Kudat dan tiada bot atau feri ke pulau ini melainkan sewa bot sendiri. Oleh itu, untuk membawa bahan binaan perlu dari Kudat, dengan menyewa sebuah bot khas untuk membawa bahan binaan sahaja.
Pada hari ini pihak kontraktor telah mengukur dan membuat penilaian untuk anggaran kos. Telaga telah pun dikorek, tinggal lagi membuat dinding keliling telaga, membuat pondok berkunci di atas telaga untuk mengelakan sesiapa membuat sampah, membina infra bagi pemasangan pam air, saluran paip air ke Sekolah dan rumah, dan lain-lain.
Terima kasih atas sumbangan anda setakat ini. Kos dijangka lebih 15 ribu, namun manfaat akhirat tidak terhingga kerana bukan sedikit ganjarannya memberi minum air bersih kepada penduduk dan sekolah di kepulauan ini yang tiada kemudahan am.
Kami merayu untuk sumbangan anda untuk menampung kos pembinaan telaga ini. Kerja "survey" ini sahaja menelan belanja RM2 ribu, oleh itu kami perlu teruskan projek ini.
Hulurkan sedekah ikhlas anda hari ini.
Ini antara generator set yang dikenal pasti sesuai untuk projek ini. Semoga dipermudahkan urusan ini.
Alhamdulillah, punca air telah ditemui untuk buat telaga ini. Namun, setelah berbincang dengan 2 kontraktor, kos pembinaan telaga dengan pam solar ini amat tinggi kerana pulau ini jauh dari tanah besar serta tiada bot atau feri terus ke sini. Anggaran kos antara 18 - 28 ribu ke semuanya.
Ayuh, jom berwakaf untuk membina telaga ini yang akan bermanfaat untuk 32 warga sekolah serta penduduk kampung di sini.
Ini adalah contoh lakaran pembinaan telaga dengan pump bertenaga solar.
Kos agak tinggi kerana pulau ini tiada pengakutan bot atau feri terus. Untuk mengangkut barang binaan perlu menyewa sebuah bot besar khas dengan kos yang tinggi serta jurutera dari Kota Kinabalu.
Sokongan anda amat diperlukan.
Sumbangan untuk projek ini layak mendapat pelepasan cukai pendapatan LHDN.