Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, hari ini 28/11/2021 PERKIM BTP telah ziarah Muallaf ini yang telah menjalani pembedahan pada 25/11/2021 membetulkan tulang kaki yang patah dan asalnya tidak dapat sambung lurus menyebabkan kemungkinan hilang upaya kekal.
Namun dengan pembedahan ini, dia dijangka pulih sepenuhnya dan mampu berjalan seperti biasa.
Jika tunggu hospital kerajaan mungkin bertahun lagi disebabkan covid dan pembedahan ini rumit.
Terima kasih kepada anda yang telah menyumbang untuk kos consultation.
Alhamdulillah, hari ini 7/9/2021 2 AJK PERKIM BTP telah membawa saudara Hidayat Sures (Sures a/l Krishnan) ini ke UiTM Specialist di Sg Buloh dan telah menemui Orthopedic Surgeon di sini.
Setelah meneliti laporan Hospital Selayang, dan mengambil X Ray, doktor memberitahu keadaan tulang dia patah dan bengkok, akibat kemalangan tersebut, pembedahan perlu dilakukan tetapi pembedahan ini rumit, ia memerlukan tolong dipotong, ditegakkan dan disambung semula, dipasang "plate" dan sebagainnya (bone grafting + locking plate tibia).
Kami difahamkan "bone grafting" menelan belanja yang besar, tiada pilihan lain untuk membetulkannya melainkan dengan teknik ini. Doctor telah anggarkan kos antara RM22 ribu - RM27 ribu.
Terima kasih atas sumbangan anda semua. Sekurang-kurangnya kini lebih jelas apa sebenarnya masalah tulang kaki beliau hingga masih tempang walaupun sudah setahun lebih kemalangan.
Insya Allah, kami telah memanjangkan sebut harga untuk pembedahan ini kepada pihak Lembaga Zakat Selangor untuk dipertimbangkan. Sama-sama kita doakan.
Untuk rekod, hospital kerajaan tidak dapat menjalankan pembedahan ini kerana keutamaan kepada kes Covid-19 dan disebabkan pembedahan ini juga rumit, maka tidak diketahui bilakan pembedahan ini boleh dilakukan.
Sekali lagi, PERKIM BTP mengucapkan terima kasih atas sumbangan anda. Kami doakan anda semua dimurahkan rezeki yang barokah daripada Allah swt.
Walaupun bertongkat, beliau berusaha mencari sesuap nasi dengan memandu lori ini. Tetapi kakinya selalu bengkak dan sakit menyebabkan selalu terpaksa berehat di rumah.