Pada 17.7.2022, sejumlah wang sumbangan sebanyak RM 300 telah digunakan untuk membeli sedikit keperluan harian bagi golongan gelandangan ini. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Persatuan kepada penyelia Tempat Transit Gelandangan tersebut. InshaAllah sumbangan tuan/puan seterusnya kita akan usahakan untuk menyediakan keperluan-keperluan yang lain untuk mereka. Ayuh kita bersama-sama jayakan kempen ini untuk kebaikan masyarakat yang memerlukan.