Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, memasak dan menyajikan anak-anak yatim di daerah Poonch pula dengan nasi briyani untuk berbuka puasa semalam. Tapi untuk 1 hari sahaja briyani, kerana dana kami terima untuk iftar anak yatim ini amat sedikit.
Untuk minggu 3 dan 4 belum ada dana untuk menaja iftar anak-anak yatim ini.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Ayuh, bagi yang ada rezeki marilah kita taja iftar untuk anak-anak yatim ini.
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Rasa amat bersyukur apabila mendapat laporan rakan kami di Kashmir setiap hari anak-anak yatim berbuka puasa dengan sumbangan dari rakyat Malaysia!
Allahu Akhbar!
Esok, 14/4/2022, insya Allah lebih 100 anak-anak yatim akan mula berbuka dengan sumbangan rakyat Malaysia. Sebelum ini kami hanya ada dana menaja 60 anak-anak hasil sumbangan anda.
Namun, sumbangan tajaan iftar anak yatim ini hanya cukup untuk seminggu. Ada 2 minggu lagi memerlukan sumbangan tajaan anda walau RM10 seorang.
Jom tuan / puan, gandakan pahala anda hari ini.
Srinagar, Kashmir. Alhamdulillah sebahagian dari anak-anak yatim perempuan berbuka puasa hasil sumbangan kita. Anak-anak yatim yang ditaja iftar mereka kini ada 300 orang. Buat masa ini iftar untuk 1 minggu sudah mencukupi.
Terima kasih atas sumbangan anda semua. Anak-anak ini sentiasa mendoakan kita semua, alhamdulillah.
Iltizam Relief ingin merayu kepada anda untuk menaja iftar untuk 300 anak-anak yatim ini untuk minggu ke 2 - 4 Ramadhan. RM10 sahaja, anda boleh beri juadah berbuka puasa untu 1 anak yatim di Kashmir.
Ayuh tuan / puan menyumbang seikhlas hati.
Orang beriman adalah bersaudara. Walaupun kita dipisahkan oleh sempadan negara, persaudaraan dalam Islam tidak boleh disempadankan. Apatah lagi anak yatim yang beriman, mereka umpama anak-anak kita.
Jangan lepaskan peluang ini, ada slot untuk 3 minggu lagi untuk anda menyumbang walau RM10 atau seikhlas hati.
Alhamdulillah, persediaan untuk Sedekah Ramadhan di Kashmir berjalan lancar. 2 rumah anak yatim iaitu Darulehsan dan Darulmuhsinat kami telah cukup dana untuk iftar selama 1 minggu. Insya Allah kalau tuan-puan ada rezeki lebih boleh lah berkongsi untuk iftar minggu ke 2, 3 dan 4 Ramadhan.
Ini adalah sebahagian dari anak yatim di tahfiz Jamia Moin As Sunnah di Poonch, Kashmir.
Ketika mereka berbuka puasa sunat, mereka telah mendoakan khas untuk Malaysia ketika sebahagian negara kita dilanda banjir besar baru-baru ini. Apabila diberitahu bahawa kes covid di negara kita semakin naik, mereka akan menganjurkan majlis doa selamat khas untuk kita.
Tidak terharukah kita apabila ada saudara seagama kita yang kita tidak kenal mereka dan mereka juga tidak kenal kita tetapi mereka mendoakan kita?
Ayuh, jom kita taja makanan iftar setiap hari untuk lebih 300 anak-anak yatim dan asnaf di Kashmir.
RM10 seorang sudah cukup untuk membantu mereka berbuka puasa sebulan Ramadhan.