YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 16, 2023

INFAQ KEPERLUAN ANAK YATIM TAHFIZ

RM2,425 / 24.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

120 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan untuk anak-anak yatim tahfiz agar mereka terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Anak-anak yatim tahfiz adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Dua kelebihan yang ada pada mereka iaitu pertama “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220)


Manakala kelebihan kedua adalah mereka golongan yang berdamping dengan Al-Quran yang mana Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca Al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu (di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya.” (HR. Abu Daud)



Ziarah kami ke dua buah pusat tahfiz yang dihuni oleh pelajar-pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak yatim di negeri Johor baru-baru ini memaklumkan bahawa masih banyak bantuan yang diperlukan oleh pusat-pusat tahfiz persendirian ini khususnya bagi menampung perbelanjaan harian anak-anak yatim tahfiz. Bantuan yang diperlukan bukan sahaja untuk perbelanjaan harian bahkan untuk sepanjang tahun. Anak-anak yatim tahfiz ini berada di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang hanya bergantung dengan ihsan orang ramai untuk terus beroperasi.



Oleh itu, sebagai menginsafi akan hadis-hadis ini, selain mereka ini adalah anak-anak yatim yang mana Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas)


Maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak yatim tahfiz ini agar perjalanan aktiviti dan pembelajaran mereka berjalan lancar.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak yatim tahfiz ini, maka pihak Yayasan melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan yang akan menyasarkan anak-anak yatim tahfiz yang berjumlah 100 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di Selangor dan Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program ini demi melihat anak-anak yatim tahfiz yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fathir:29)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM14.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat