YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 09, 2022

BANTUAN MAKANAN ASAS HARIAN ASNAF

RM2,950 / 49.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

122 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan barangan asas makanan untuk golongan miskin. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Rata-rata rakyat yang berpendapatan rendah mengeluh dengan kenaikan harga barangan asas makanan samada barangan asas kering mahupun barangan basah. Kehidupan perlu diteruskan. Namun untuk terus hidup, mereka terpaksa ‘berkira-kira’ untuk makan, ditambah pula dengan ahli keluarga yang besar, sudah pasti penyediaan makanan ahli keluarga menjadi beban. Skuad kami yang membuat tinjauan di beberapa kawasan penduduk miskin di negeri Johor memaklumkan bahawa kalau dahulu mereka boleh menikmati sekali hidangan dengan 2 atau 3 jenis lauk namun kini mereka terpaksa menghadkan kepada satu lauk sahaja demi untuk kelangsungan hidup.



Atas rasa simpati terhadap nasib golongan miskin ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban kehidupan yang mereka hadapi khususnya ketika menghadapi situasi kenaikan harga barangan asas makanan yang naik mendadak. Bantuan yang kita hulurkan sangat bermakna untuk mereka.


Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan berupa barangan asas makanan seperti beras, telor, tepung gandum, bawang mentah, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit duit poket untuk mereka menjalani hari-hari yang sukar ini. Sasaran penerima sumbangan adalah sekitar 40 buah keluarga miskin yang tinggal di sekitar negeri Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. 



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat