MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 29, 2024

MENGUMPUL DANA UNTUK TANGKI AIR PELAJAR

RM325 / 3.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kejar pahala yang mengalir dalam infaq tangki air bersih untuk keperluan anak-anak yatim tahfiz dan asnaf di bulan Muharam.


Bulan Muharam yang penuh berkat adalah masa yang tepat untuk kita merenung dan merasai kebesaran serta keistimewaannya. Ia merupakan bulan yang dianggap istimewa dalam Islam, di mana amalan baik diberkati dan diterima dengan lebih luas. Sehubungan itu, dengan baki hari-hari terakhir di bulan Muharam yang masih ada. Marilah manfaatkan keistimewaan bulan ini dengan menabung pahala melalui amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk tabung infaq pembinaan tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. 


Sebagaimana yang kita sedia maklum, air merupakan satu keperluan asas bagi kehidupan manusia. Tanpa air, kehidupan manusia akan menjadi sukar. Air yang cukup dan bersih mampu untuk memberi kelangsungan hidup bagi kehidupan manusia. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa:

“Sesiapa yang mengalirkan air maka apa-apa sahaja yang minum daripada air itu sama ada manusia,jin atau burung pun maka pahalanya akan terus menerus sampai kepada orang yang mengalirkannya walaupun setelah dia mati sehingga ke hari kiamat.”


Sejak kebelakangan ini, maahad kami mengalami gangguan bekalan air disebabkan masalah tekanan air yang rendah dan musim kemarau yang dialami baru-baru ini. Anak-anak tahfiz di sini sering menggunakan air untuk beribadat seperti mandi dan berwuduk. Selain itu, air digunakan untuk memasak makanan, minuman, membasuh pakaian dan digunakan dalam kerja-kerja pembangunan maahad seperti membuat lantai, membuat pagar dan lain-lain lagi.


Pihak kami berhasrat untuk menyediakan tangki air yang lebih besar dan diletakkan di tempat yang tinggi. Oleh itu, pihak kami memerlukan dana yang besar untuk membeli aset tersebut supaya dapat menampung bekalan air yang banyak sekaligus dapat mengatasi masalah tekanan air yang rendah, insya-Allah.


Sehubungan itu, ayuh sama-sama kita berganding bahu menghulurkan sumbangan bermula RM10 bagi membantu memenuhi keperluan asas harian pelajar-pelajar kami dan memberi mereka akses kepada air yang bersih dan mencukupi. Ini juga akan memberikan mereka keselesaan dan ketenangan fikiran dalam menuntut ilmu agama.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 02, 2024

MUHD HARFEEZ BIN MD HANAPIAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat