MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 02, 2023

TABUNG INFAQ PEMBELIAN TANAH RUMAH ANAK YATIM UNTUK MENUNTUT ILMU DAN BERTEDUH

RM1,320 / 1.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KEMPEN JOM INFAQ KE JANNAH DALAM BULAN HAJI UNTUK MENDERMA KE TABUNG PEMBELIAN TANAH ANAK YATIM MISKIN MENUNTUT ILMU. AYUH SAMA-SAMA MEMBANTU KE JALAN KETAQWAAN.


“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)



Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya, memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya. Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.



Mendapat Ganjaran Pahala


Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.



“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nissa:114)



Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka tabung infaq kejannah bagi tujuan mengumpul dana membeli sebidang tanah bagi tujuan membina prasarana yang lengkap bagi penuntut lelaki dan wanita yang menuntut di maahad tahfiz ini. Oleh itu, pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat sama-sama membantu anak-anak tahfiz yatim di sini dengan berinfaq ke tabung infaq bagi mengumpul dana.



Maahad tahfiz bagi pelajar wanita tahfiz kami disini masih menumpang di tanah perseorangan yang memberi tempoh tertentu kepada pihak Maahad untuk diguna dan disewa. Pihak maahad berhajat memiliki sebidang tanah bagi tujuan mulia berkenaan agar dapat memberi tempat kepada anak yatim miskin dan anak asnaf ini menuntut ilmu dan berteduh.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat