Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 08, 2024
RM130 / 0.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Infaq di hari Jumaat terakhir bulan Syaaban, memiliki keistimewaan yang luar biasa. Di hari Jumaat terakhir bulan Syaaban ini, pihak maahad dengan rendah diri ingin menyeru saudara dan saudari yang prihatin untuk turut serta dalam berbuat kebaikan dengan menyumbangkan sedekah jariah bagi pembelian tanah yang akan digunakan untuk membantu pendidikan 20 orang pelajar muslimat yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.
Dalam keadaan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menyokong dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Tanah yang akan dibeli ini akan menjadi tempat yang memberikan pendidikan dan harapan bagi anak yatim dan asnaf, memberikan mereka peluang untuk mengejar impian dan mencapai potensi penuh mereka. Buat masa ini, pihak maahad masih menyewa sebuah premis bagi kelas pengajian pelajar muslimat kami.
Mulai serendah RM10, ayuh bantu realisasikan usaha mulia ini bagi menyediakan sebuah tempat pengajian bagi anak-anak asnaf dan yatim menunutut ilmu dan juga berteduh. Setiap sumbangan yang diberikan tidak hanya menjadi saham akhirat anda dalam masa depan generasi yang beramal dengan tuntutan Al-Quran tetapi juga merupakan amal jariah yang terus memberikan manfaat kepada mereka dan dapat meraih pahala daripada Allah SWT.
Jangan lepaskan peluang ini untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan jejak yang berharga dalam kehidupan anak-anak asnaf dan yatim ini. Sumbangkan sekarang juga dan bersama-sama kita wujudkan perubahan yang positif dalam masyarakat.
Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amatlah dihargai dan bermakna bagi mereka. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang saudara-saudari lakukan dengan memberikan keberkatan yang berlipatkali ganda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 08, 2024