MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 06, 2023

TABUNG DANA PERUBATAN PELAJAR TAHFIZ BULAN RAMADAN

RM300 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SIHAT ITU RAHMAT DAN KESIHATAN MERUPAKAN NIKMAT TERBESAR YANG ALLAH KURNIAKAN SETELAH NIKMAT IMAN DAN ISLAM. MARI BANTU DANA PERUBATAN PARA PELAJAR TAHFIZ YANG KURANG BERKEMAMPUAN.


Dari Abdur Rahman bin Abu Laila, dari Abi Darda', ia berkata : "Aku berkata, Ya Rasulullah, sungguh aku diberi kesihatan lalu aku bersyukur, lebih aku sukai dari aku diberi bala (Ujian) lalu aku bersabar." Rasulullah SAW menjawab: "Dan Rasulullah juga menyukai engkau berada dalam kesihatan."


Kesihatan adalah antara rezeki dan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kesihatan yang baik menatijahkan perjalanan kehidupan yang berkualiti dan melambangkan kesejahteraan hidup serta membawa banyak impak positif kepada diri kita, keluarga dan masyarakat. Di samping itu, dapat memberikan kesempurnaan untuk melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, menuntut ilmu, belajar Al-Quran, menunaikan haji dan lain-lain ibadah. Oleh kerana itu, Islam amat menitikberatkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan.



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah, ingin memohon dana infaq perubatan di bulan Ramadhan ini untuk anak di maahad kami yang terdiri daripada 70 orang di kalangan anak-anak yatim, asnaf yang kurang berkemampuan. Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu dan menyalurkan sumbangan dana bagi membantu anak ini berkat di bulan Ramadhan ini bagi mereka yang kurang sihat mendapat rawatan yang sewajarnya.



Sumbangan untuk dana perubatan ini bertujuan untuk membantu anak-anak tahfiz yang asnaf dan anak yatim yang tidak bernasib baik bila menghadapi kesulitan seperti demam dan kemalangan yang tidak terduga yang tidak memiliki sumber dana yang cukup untuk berubat. Keadaan cuaca yang panas di utara semenanjung ketika Ramadhan menyebabkan para pelajar di sini kerap kali demam, berlaku pendarahan hidung dan sebagainya.



Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadan adalah setiap orang akan lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuklah bersedekah. Tidak dapat dinafikan bahawa manusia ini mudah terhasut dengan godaan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Namun di bulan Ramadan ini Allah SWT memudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:


إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين


Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.”

(HR. Bukhari & Muslim)




Pihak Maahad mengajak anda semua dengan keberkatan bulan Ramadhan Al Mubarak ini untuk sama-sama ta'awun membantu pelajar ini dengan menyalurkan sedekah. Dengan bantuan dana perubatan untuk anak-anak syurga ini pasti para penyumbang akan mendapat ganjaran anugerah kesihatan yang terbaik sepanjang Ramadan termasuk ahli keluarga serta seluruh umat islam. Mudah-mudahan para dermawan mendapat rahmat Allah SWT dan redhanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

MOHAMMAD SHAFIQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 10, 2023

KAMARIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat