MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 03, 2023

SUMBANGAN PENAPIS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM2,150 / 43.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

97 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM INFAQ PENAPIS AIR UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ. SEMOGA ALLAH MERAHMATI PARA PENYUMBANG SEMUA.


Pihak Maahad Tahfiz Al-quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon sumbangan daripada semua yang dirahmati Allah SWT untuk membantu pihak maahad menyediakan sebuah penapis air coway untuk kegunaan anak tahfiz. Kami disini mahu menyediakan bekalan air minuman bersih yang mencukupi untuk 70 orang penuntut disini. Terdapat puluhan anak yatim dan majoriti para pelajar tahfiz di sini adalah daripada golongan asnaf. 



Pihak maahad membuka tabung infaq bekalan air minuman untuk memudahkan urusan pelajar disini mendapat air minuman yang mencukupi dan memudahkan urusan jihad mereka berjuang di jalan Allah SWT dengan menghafal Al-Quran dan menyimpan kalam wahyu di dalam dada mereka. Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu mereka atas semangat taawun, saling membantu atas jalan ketaqwaan keimanan kepada Allah SWT.




Sehubungan dengan itu, kami berhasrat sumbangan kecil para penyumbang dapat merealisasikan hajat dan hasrat pihak maahad menyediakan sebuah penapis air untuk minuman para pelajar dan untuk kegunaan aktiviti masakan harian maahad tahfiz. Keadaan cuaca yang panas terik di utara dan juga Malaysia ketika ini memerlukan para pelajar mendapatkan bekalan air minuman bersih yang mencukupi untuk menjamin tahap kesihatan mereka dan menggelakkan daripada terkena strok haba.



Pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan infaq daripada anda yang telah berinfaq membantu pihak maahad melahirkan pembela-pembela agama Allah SWT yang sedang berjihad menghafal Al-Quran dan menyimpan Al-Quran di dalam dada mereka. Semoga dengan infaq kalian membantu membakar semangat mereka berjihad di jalan Allah menjadi pembela agama Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat