MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 17, 2023

SUMBANGAN ALMARI BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM410 / 6.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON SUMBANGAN INFAQ UNTUK MENYEDIAKAN ALMARI ASRAMA BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ. SETIAP KEBAIKAN PEYUMBANG AKAN MENJADI MUTIARA DAN JUGA DOA BUAT PARA PELAJAR KAMI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sehingga saat ini masih berusaha untuk memenuhi keperluan fasiliti yang terbaik buat para penghafaz Al-Quran di sini. Dengan bertambahnya jumlah pelajar maahad, maka semakin bertambah fasiliti dan kemudahan di maahad yang harus disediakan untuk keselesaan para pelajar. Salah satunya adalah almari baju bagi menyimpan semua perlengkapan pelajar selama mereka belajar di maahad.



Pihak Maahad memerlukan sebanyak 20 unit almari buat pelajar tahfiz yang berharga RM280 seunit dianggarkan dalam harga RM6,000 termasuk kos penghantaran. Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen untuk sumbangan bagi menyediakan almari buat para pelajar. Kepada para penyumbang yang dermawan dijemput menginfak bagi menyediakan kelengkapan di asrama yang selesa buat para pendamping Al-Quran di maahad ini yang kebanyakkannya adalah anak yatim, asnaf dan golongan yang tidak mampu.



Tempat dan kemudahan almari baju yang selesa akan mempengaruhi tahap konsentrasi dan juga semangat belajar para pelajar, apalagi mereka yang kurang terbiasa pada kehidupan mandiri di asrama. Oleh itu, almari baju adalah keperluan bagi tujuan penyimpanan peribadi para pelajar dan pakaian anak-anak tahfiz serta harus bersesuaian dengan mutu dan kegunaannya. Pihak maahad berhasrat ingin membeli almari jenis besi buat kemudahan para pelajar. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang tahan lama, tidak berkarat dan tidak mudah rosak.



Mari rebut ladang amal pahala di penghujung bulan Syawal yang mulia ini dengan bantu menyediakan almari terbaik buat penghafaz Al-Quran ini. Setiap sumbangan kalian akan menjadi sinar kegembiraan dan pencetus semangat untuk mereka belajar Al-Quran dengan membantu hadirnya kemudahan almari yang selesa buat mereka.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jutaan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati membantu infaq almari buat anak-anak tahfiz di sini. Semoga sumbangan dan bantuan anda semua Allah SWT akan melipatkan kali gandakan pahala. Dengan sumbangan yang anda berikan, sudah pastinya menjadi saham yang tiada nilai gantinya dan kekal mengalir sebagai pelengkapan diri menuju ke akhirat kelak.


“Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar Zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (S. Al- Zalzalah:7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2023

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2023

MUHD ANAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat