Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM475 / 9.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
32 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah Al Qadar:1-5)
Salah satu hari dari 10 hari terakhir pasti adalah Lailatul Qadar. Sedekahlah RM10 setiap hari untuk 10 hari terakhir ini. Jika sedekah anda jatuh pada Lailatul Qadar, seolah-olah anda telah bersedekah selama lebih 83 tahun iaitu bersamaan lebih 1,000 bulan, atau bersamaan lebih 30,000 ribu hari.
Jika dinilaikan pada malam Lailatul Qadar, anda seperti telah bersedekah sebanyak lebih RM30,000 untuk PERKIM BTP. Apa ada pada wang ringgit, cuba nilaikan dengan pahala yang bakal anda dapat. Pelaburan anda hanya RM10 untuk 10 hari. Ini berdasarkan Surah Al-Qadar, ayat 3. Allah sebut perkataan “lebih baik” dari 1,000 bulan.
Oleh itu, ayuh bersedekah 10 malam terakhir ini dengan RM10 sahaja setiap malam. Digalakkan untuk bersedekah selepas Maghrib, setiap malam. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, antara aktiviti PERKIM BTP adalah menaja iftar untuk 10 hari terakhir untuk 2 buah rumah anak yatim (Baitul Kasih dan Amal Akhlak Mulia). Insya Allah, ini semua hasil sumbangan anda semua.
Sama-sama kita berkongsi saham akhirat.
Teruskan memberi sokongan kepada PERKIM BTP.
Sumbangan anda akan membantu kami terus istiqomah membimbing Muallaf solat, berpuasa dan lain-lain ibadah.
Sejak memeluk Islam, ramai belum biasa ke masjid atau surau kerana "tak pandai solat", bila tarawih tiba-tiba jemaah "baca sesuatu" antara tarawih, mereka tidak tahu sebut lalu rasa segan.
Di sini lah kami latih mereka tatacara solat dan bacaan-bacaannya. Sehingga bukan sahaja mereka mampu solat, ada juga yang mampu menjadi imam solat. Di sini mereka tidak segan, sebab dari guru yang membimbing hingga bilal semuanya adalah asal Muallaf juga. Akhirnya, kami minta mereka solat di masjid atau surau terdekat dari rumah juga.
Terima kasih, sumbangan andalah membantu kami.
Setiap malam selepas tarawih, kami sediakan moreh untuk Muallaf. Mereka amat seronok datang tarawih.
Jom buru Lailatul Qadar dengan sedekah.
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 11, 2023