Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 07, 2023
RM1,235 / 24.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
89 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia." Baginda SAW ditanya, 'Siapa mereka wahai Rasulullah?' Baginda SAW menjawab, "Mereka adalah Ahlul Quran, mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang khususNya.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Allah sampai mengibaratkan para Ahlul Quran itu sebagai keluarganya di muka bumi. Jelas bahawa mereka mulia di mata Allah. Setiap hari pegangan mereka adalah Al-Quran. Bayangkan berapa ayat yang mereka baca setiap hari? Maka bagaimana jika pahala menghafal mereka boleh menjadi pahala kita juga? Jawapannya, dengan cara sedekah beras untuk penghafal Al-Quran.
Setiap nasi dari beras yang kita berikan, kemudian mereka menggunakan tenaga mereka untuk menghafal, maka Insya-Allah setiap ayat yang mereka lantukankan akan menjadi amal jariyah yang terus mengalir untuk kita.
Di tengah kesusahan yang ada, masih ada para pelajar yang tetap tekun menjalankan kewajipannya sebagai pelajar. Tidak hanya itu, mereka tetap bersemangat menghafal kalam-kalam Allah. Surah demi surah, juzuk demi juzuk, mereka simpan di hati dan ingatan. Belajar dan menghafal Al-Quran tidak hanya memerlukan semangat yang tinggi dan kegigihan. Dalam proses itu juga, mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalani aktiviti seharian.
Sempena Ramadan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan Ramadan yang mulia. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan/puan yang budiman. Semoga sumbangan pihak tuan/puan dapat membantu mengurangkan beban dan dapat mengukir senyuman di bibir anak-anak.
Akhir sekali, ketahuilah betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada mereka yang rajin bersedekah. Marilah sama sama kita menghulurkan sumbangan dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sumbangan pihak tuan/puan sangatlah dihargai.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023