Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 13, 2023
RM990 / 33.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Seorang lelaki juga pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?" Nabi SAW menjawab, "Kamu memberi makanan kepada orang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Fitrah semua benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi bagi manusia, makanan itu sangat penting. Makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sebenarnya untuk menjadikan konsep makan ini berpahala, kita hendaklah rajin memberi makanan kepada orang lain. Ini kerana konsep ini adalah satu daripada sunnah Rasulullah SAW yang amat disukai baginda. Ia juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama saudara Muslim sehinggalah dapat menyelamatkan akidah Islam seorang Muslim.
Nasi adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan sumber tenaga. Tubuh kita memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian dan karbohidrat merupakan sumber tenaga utama. Mengambil nasi dapat memberikan tenaga yang diperlukan untuk menjaga stamina dan melakukan aktiviti fizikal.
Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka kempen sedekah beras bagi memenuhi keperluan jasmani anak-anak tahfiz disini untuk menuntut ilmu. Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk kelancaran para pelajar untuk menghafal al quran dengan baik dan cemerlang.
Akhir kata, pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat bersama-sama kita membantu untuk meringan beban pihak maahad dalam menyediakan pola makanan yang seimbang untuk para pelajar hafiz asnaf dan yatim ini. Amin.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023