Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Apr 20, 2023
RM3,920 / 14.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM27,000
241 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan daripada orang ramai untuk menghadirkan bekalan air bersih ke bangunan maahad yang baharu. Kos pemasangan paip oleh pihak SADA ini menelan belanja yang agak besar kerana faktor lokasi maahad yang agak jauh ke pedalaman. Terdapat seramai 70 para pelajar termasuk guru, kakitangan dan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan air bersih bagi kegunaan seharian seperti keperluan tandas, bersuci, berwudhuk, mencuci pakaian, minum dan lain-lain.
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR Tabrani)
Pihak maahad membuka peluang sedekah buat muslimin dan muslimat bagi mengumpul dana sebanyak RM49,000 untuk kerja pemasangan paip bekalan air bersih ke bangunan maahad. Kami telah mengadakan beberapa kempen sebelum ini untuk mengumpul dana bagi mewujudkan bekalan air bersih namun sehingga sekarang masih tidak mencukupi. Di bawah kami lampirkan sebut harga jumlah kos pembinaan untuk menyalurkan air bersih ke bangunan maahad tahfiz.
Memberikan minuman dan air merupakan salah satu ibadah paling agung yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Orang yang membantu penuntut ilmu akan menabung pahala yang besar kerana membantu orang yang beribadah pahalanya sama dengan orang yang beribadah tersebut. Apatah lagi membantu ibadah menuntut ilmu seperti mewujudkan akses air bersih bagi beribadah juga termasuk ibadah terbesar, belum lagi apabila penuntut ilmu tersebut mengamalkan ilmunya dan mengajarkannya, maka orang yang membantunya mendapat pahala yang sama.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk sedekah air kerana selama air itu dimanfaatkan oleh warga maahad, maka pahala akan mengalir selama mana air itu mengalir hingga ke hari kiamat kelak. Sumbangan kecil daripada para dermawan amat bermakna bagi para pelajar meneruskan kelangsungan hidup mereka di maahad untuk menimba ilmu dan beribadah.
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2023
MOHD FAUZI BIN ZAKARIA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2023