Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM235 / 4.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang kami kasihi, insyaAllah dalam beberapa minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan 1444H. Oleh itu, sebagai salah satu kegembiraan menyambut bulan suci Ramadhan, kami bercadang untuk mengedarkan minuman.
Bekalan air serta air minuman sebelum tibanya bulan Ramadhan, bagi jemaah yang berbuka puasa di masjid dan surau. Sasaran kami agar agihan program ini dapat sampai ke masjid dan surau yang strategik dan berhampiran dengan jalan raya yang dilalui orang ramai. Kerana hampir di setiap masjid dan surau ketika berbuka selalu ramai jemaah yang singgah untuk berbuka puasa dan menjalankan aktiviti ibadah lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah SAW, perkara yang paling dianjurkan ketika berbuka ialah menyegerakan berbuka dengan meminum air. Tidak sah rasanya jika berbuka tanpa minum air, sedangkan tekak kering. Pemberian air minuman bagi jemaah masjid dan surau yang berbuka besar pahala dan manfaatnya. Selain dapat menghilangkan dahaga ia juga penyegar tekak yang menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan juga merupakan keperluan asas bagi setiap jiwa. Apatah lagi air yang kita sedekahkan kepada tetamu Allah yang singgah berbuka puasa dan solat di masjid atau surau, sudah tentu pahalanya lebih besar.
أَىُّ الصَّدَقَةِ أَعْجَبُ إِلَيْكَ قَالَ « الْمَاءُ ».
"Sedekah apa yang paling awak suka." Dia menjawab Rasulullah ﷺ, "Sedekah air."
(Riwayat Abu Daud, no. 1679 dan An-Nasai, no. 3694; 3695; Ibnu Majah, no. 3684)
Kami bercadang untuk memperuntukkan program sedekah air minuman untuk jemaah berbuka puasa di masjid dan surau serta jemaah lain yang mengaji Al-Quran. Semoga program ini dapat dinikmati oleh lebih ramai jemaah masjid dan surau baik di bandar mahupun luar bandar. Semoga Allah merahmati setiap amalan kita dan membalas kita dengan pahala yang berlipat ganda.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami