MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 03, 2023

RAYU INFAQ BEKALAN AIR BERSIH KE MAAHAD TAHFIZ

RM260 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYU SUMBANGAN UNTUK MENGHADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH KEPADA ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM BAGI MEREKA MENUNTUT ILMU.


Pihak Maahad Tahfiz ingin memohon sumbangan daripada para dermawan yang dirahmati Allah SWT untuk membantu kami dalam projek pemasangan paip air bersih di maahad kami. Bekalan air bersih yang mencukupi amat penting bagi membantu melancarkan kegiatan ibadah dan aktiviti pengajian para pelajar dapat berjalan dengan lancar di maahad.



Saat ini, kami menghadapi masalah yang berkaitan dengan bekalan air bersih di maahad kami. Keadaan ini terjadi kerana kami memerlukan pemasangan paip air bersih daripada Sumber Air Darul Aman (SADA), yang memerlukan kos yang tinggi. Sehingga kini, kami terpaksa bergantung kepada bekalan air yang terhad daripada kejiranan yang berhampiran dengan menyimpan air di dalam beberapa tangki air.



Kempen ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana daripada orang ramai agar kelak kerja-kerja pemasangan paip SADA dapat dijalankan dengan secepat mungkin. Oleh itu, pihak maahad amat mengalu-alukan sumbangan infaq untuk menjayakan projek pemasangan paip air bersih di maahad.




Projek pemasangan paip air bersih ini adalah usaha penting bagi memastikan keselesaan dan kemudahan asas bagi pendidikan serta pengajaran di Maahad kami. Air bersih adalah keperluan asas yang diperlukan untuk kehidupan harian kesejahteraan pelajar dan kemudahan ibadah mereka. Semoga Allah SWT memberkati para dermawan yang menyumbang dengan memberikan kejayaan di dunia dan akhirat. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat