MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 30, 2024

RAYU DANA UNTUK TAPAK PEMBINAAN MAAHAD

RM260 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BANTU MENYEDIAKAN TEMPAT YANG LEBIH SELESA BUAT PELAJAR TAHFIZ AGAR KITA JUGA MEMPEROLEH TEMPAT YANG PALING INDAH DI SYURGA KELAK


Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah berkat sumbangan muslimin dan muslimat sebelum ini kami berjaya mengumpulkan hampir 50 peratus daripada dana yang diperlukan untuk membeli tanah untuk didirikan bangunan maahad tahfiz baharu yang lebih selesa dan menjamin keselamatan anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Sumbang yang dipohon ini adalah bertujuan untuk menyediakan tanah bagi menempatkan tapak maahad baharu yang lebih strategik.



Perumpamaan orang bersedekah ke jalan Allah ini telah banyak di sebut di dalam hadis dan kitab al-quran, contohnya,


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Surah Al-Baqarah, Ayat 261)



Oleh itu, kami pihak maahad tahfiz Al-Quran nurul hidayah merendah diri ingin membuka peluang kepada mana-mana muslimin dan muslimat yang ingin menyumbang untuk kami menyediakan tanah baharu yang akan didirikan maahad tahfiz yang insya Allah lebih selesa buat pelajar maahad kami. Hal ini kerana maahad yang sedia ada ini didirikan di atas tanah yang memperuntukkan kami untuk membayar sewa pada setiap bulan. Tambahan, keluasannya yang sedikit kecil tidak sesuai buat pelajar maahad yang semakin bertambah saban hari.



Justeru di kesempatan ini, kami ingin menyeru mana-mana muslimin dan muslimat yang sudi menyumbang serba sedikit dana bermula RM10 demi kelangsungan maahad yang bakal didirikan. Semoga berkat sumbangan muslimin dan muslimat ini, Allah hadiahkan syurga yang paling indah buat muslimin dan muslimat. Amin, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat