MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 03, 2023

RAYUAN PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM2,115 / 17.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

89 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MERAYU KEPADA ANDA SEMUA UNTUK SUMBANGAN PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR BERSIH KEPADA PELAJAR TAHFIZ. SEMOGA BANTUAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARI ALLAH SWT.


Pihak maahad memohon sumbangan kepada anda semua untuk pembinaan tapak tangki air bersih buat 70 orang para pedamping Al-Quran di sini. Seluruh warga maahad mengalu-alukan sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang dermawan dalam membantu menjayakan pembinaan tapak tangki air bersih di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. 



Tangki air merupakan fasiliti paling penting di maahad tahfiz bagi memudahkan keperluan air bersih kepada para pelajar. Hal ini kerana, pembelajaran seharian para pelajar adalah untuk belajar menghafaz Al-Quran dan mereka memerlukan air yang bersih untuk mengambil wuduk. Ketiadaan tangki air ini menjadi masalah kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti mereka. Oleh itu, tangki air amat penting untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup.



Kewujudan tangki air bersih kelak ini amat penting bagi menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar kerana di kawasan Ayer Hitam sering dibelenggu masalah tekanan air yang rendah dan juga gangguan air. Sumbangan daripada penyumbang walaupun serendah RM10 amat bermakna bagi menyediakan tapak tangki air agar pelajar tahfiz dapat menikmati akses bekalan air bersih untuk belajar Al-Quran. 



Sehubungan itu, pihak maahad menyeru anda sekalian saling bantu-membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga setiap titisan air menjadi pahala bagi para penyumbang selama mana ia digunakan. Dengan keyakinan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kami berhasrat untuk memperbaiki semua kemudahan di maahad ini untuk keselesaan para pelajar.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang telah menginfaq untuk pembinaan tapak tangki air untuk kemudahan ibadah para pelajar di sini kelak. Semoga ianya menjadi amal jariyah dapahala kebaikan diakhirat kelak akan terus mengalir.


“Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga (macam), iaitu: sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat