Kempen ini diwujudkan bagi mengumpul dana untuk menampung kos penambahan ruang dan kos operasi harian di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas.
"Ke mana perhentian terakhirku untuk berteduh..bila dunia ini semakin terasa asing buat diriku?"
Usia ini semakin dimamah waktu..kudrat makin hilang, langkah makin lemah. Dulu ada tempat bergantung, kini hanya sendiri. Jika di sinilah akhirnya tempatku berteduh, di pusat jagaan ini..Moga masih ada insan berhati mulia, yang sudi menghulurkan sedikit kasih dan bantuan.
Walaupun pusat jagaan dah penuh, kami tidak sampai hati biarkan nenek 90 tahun tanpa arah tujuan.
Melihat keadaan nenek yang terlalu uzur dan tiada tempat bergantung, kami tekad untuk menjaganya sehingga ke akhir hayatnya, walaupun hakikatnya pusat jagaan ini sendiri sedang bergelut dengan pelbagai kekangan.
Hakikatnya, ramai warga emas di sini sudah memilih untuk kekal di pusat ini.
INI ADALAH SALAH SATU KISAH WARGA EMAS YANG MENETAP DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL IKHLAS.

Salah seorang asnaf yang tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas
Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas telah ditubuhkan pada 1 November 2023, pusat ini di bawah selenggaraan Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas, tujuan pusat ini dibuka bagi membantu warga emas asnaf dan tiada waris yang tiada tempat tinggal dan kami akan memberi penjagaan kehidupan seharian kepada mereka. Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas dan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas dimiliki oleh pengerusi yang sama.
Dengan impian untuk melindungi warga-warga emas yang disakiti dan tiada tempat bergantung, Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas berusaha untuk mencari dan menempatkan warga emas seperti ini di dalam sebuah kediaman yang selesa dan mempunyai suasana "rumah" yang sebenar. Agar warga-warga emas seperti ini dapat merasakan kembali kebahagiaan mereka yang mungkin telah hilang.

Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas
Pusat kami kini memerlukan sokongan daripada orang ramai bagi menambah baik kemudahan sedia ada. Kami merancang penambahan ruang di bahagian belakang untuk membina porch yang akan dijadikan dapur, ruang makan serta ruang simpanan barang yang lebih teratur dan selamat.
Ketika ini, ruang yang terhad menyukarkan pengurusan harian, khususnya dalam penyediaan makanan dan keselesaan warga emas. Dengan adanya penambahan ini, kami berharap dapat menyediakan suasana yang lebih selesa, bersih dan teratur buat mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
Kawasan hadapan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Kawasan belakang Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Kawasan tepi Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Ruang sementara untuk menyimpan tongkat dan kerusi warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas.
Dalam masa yang sama, kami juga memerlukan dana bagi menampung kos operasi harian seperti dinyatakan:

Senarai Barang Keperluan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas.

Sokongan berterusan daripada orang ramai amat kami harapkan agar kebajikan dan keselesaan warga emas sentiasa terjamin. Setiap sumbangan anda,walau sekecil mana sekalipun,amat besar ertinya buat mereka.Tiada lain yang kami harapkan agar warga-warga emas yang menetap di sini dapat merasakan kembali keselesaan dan kebahagiaan yang mungkin telah hilang dalam hidup mereka.
Jika terdapat pertanyaan,kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 04 735 3390 @ 011 6061 0994 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 4&5 Lorong Sepakat, Kampung Hilir, 06250 Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini