MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 22, 2022

TABUNG PERUBATAN PELAJAR TAHFIZ

RM475 / 9.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MENGAJAK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SALING MEMBANTU ATAS JALAN KETAQWAAN DENGAN MENYUMBANG KE TABUNG DANA MEMBELI UBAT-UBATAN DAN PERALATAN PERUBATAN KECEMASAN TAHFIZ.


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT. Saya mewakili AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah ingin merayu kepada muslimin muslimat untuk memohon dana infaq perubatan pelajar tahfiz yang menuntut disini. Ianya penting apabila berlaku kecemasan dan pelajar asnaf memerlukan bila menghadapi dugaan tak dijangka.


Insyaallah dengan adanya dana ini dapat membantu mereka meringankan kos dan beban yang perlu dihadapi apabila dilanda musibah dan sakit seperti demam, batuk, selsema, luka, kudis, kecederaan ringan dan lain-lain lagi. Maahad kami disini tidak memiliki dana khusus untuk perubatan. Justeru itu, pihak maahad berhajat menubuhkan Tabung Perubatan Pelajar Tahfiz untuk tujuan berikut.



Sehubungan dengan itu pihak maahad berharap semoga muslimin muslimat dapat merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk menjaga kebajikan kesihatan pelajar disini dengan menyediakan ubat-ubatan kecemasan segera dan dapat memberi perkhidmatan sokongan perubatan secara percuma. Selain itu dapat menjaga segala kebajikan pelajar asnaf miskin dan guru apabila saat mereka memerlukan sumbangan.


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ خَلَقَ الدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا


“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”

(Riwayat Ahmad)



Akhir kata pihak maahad berharap dengan adanya dana ini dapat membantu lebih ramai lagi pelajar yang memerlukan perubatan. Semoga ia dapat membantu meringankan kos perbelanjaan maahad yang kian meningkat disebabkan ekonomi yang tidak menentu di masa kini. Segala tindakan dan jasa baik daripada pihak muslimin muslimat, pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih.



والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat