Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Ya Allah,beri lah saya rezeki yang cukup kerana Allah pemberi rezeki,berilah saya kekayaan kerana Allah Maha kaya agar saya dapat membantu mereka memerlukan...permudahkan lah urusan pembelian rumah asnaf ini agar dapat meneruskan perlindungan Dan penjagaan anak anak yatim Dan asnaf..Aamiin Aamiin ya rabal Al Amin 🤲
2 orang mengaminkan doa ini