Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
SUPSIATI BINTI MATDIN
Ya Allah permudahkan segala urusan keluarga keturan kami,lancarkan rezeki kami ,berikan kami kesihatan,smg anak² kami Syahrul syakimi, faressyahmi, Hazem khuzaimi, NURMIKAYLASAFIYYAH bin,bt muhammad salleh menjadi anak sholeh Dan sholehah,berjaya dunia akhirat..ampon kan dosa² keturunan kami,dosa ibu bapa kami
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah permudahkan segala urusan hamba mu dalam menempuh kehidupan yang makin mencabar, lancarkan rezeki kami, berikan kami kesihatan, ampunkan dosa2 kami, ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, murahkan rezeki kami, lindungi lah kami dari musibah. Matikan lah kami dalam islam.. Aamiin2 ya mujib🤲
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
ku sedekakah pahala ini kepada orang² yang telah ku zalimi, kedua ibu bapa ku zalimi, suamiku zalimi, anak² ku zalimi keluarga ku zalimi... kerana Allah taala... moga kami di ampuni dan diberikan keberkahan hidup dunia akhirat. amin³ ,terimakasih pada yang mengamin kan, moga kalian juga dimurahkan rezKi dan diringan kan sgl beban yang kalian pikul. insyaallah..amin
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah tolong lah anak² yatim ini dapat tempat berteduh yang tetap. Murahkan rezeki mereka semua dan dipermudahkan segala urusan penganjur dapat mengumpul Dana yang cukup untuk bangunkan sebuah rumah yang terbaik untuk anak² yatim ini. Semoga ada hamba² Mu yg dapat menderma. Ya Allah murahkan rezeki kamiyang menderma dan beri kami kesihatan untuk kami beribadah padaMu. Aamiin³ Ya Robbal 'Alamin.
1 orang mengaminkan doa ini