Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Mohon doakan 2 org anak sy dipermudahkan Allah pulih segera sepenuhnya dr penyakitnya. Dan anak sulung sy sudah kahwin 5 tahun dipermudahkan dikurniakan Allah zuriat yg sihat dan normal...Aamiin Ya Rabbalaalaamiin Terima Kasih
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
A Allah Ampuni dosa kedua ibubapa ku dan rahmati keduanya seperti mana keduanya mendidik ku semasa kecil....Amiin...ampuni dosa arwah ayh ku...lapangkanlah kuburnya ..terangilah ia dgn cahaya..lepaskan dia dari azab kubur dan azab api neraka dan masukkn dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab...Aamiin
1 orang mengaminkan doa ini