Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya Allah ya tuhanku. Jauhkan lah aku Rozana binti Masrom dan anak-anakku dari penyakit kanser. Lindungi anak-anakku di mana sahaja mereka berada. Kekalkan lah aku di sesi pagi di smk usj 8 untuk sesi persekolahan seterusnya supaya aku dapat menjaga solatku. Amin yra..
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, engkau Maju kan lah perniagaan majuqie enterprise dan nanagojues international sdn bhd, limpahi lah kami dgn rezeki mu, berkatilah rezeki yang engkau berikan, permudahkan urusan ku ya Allah, engkau murahkan lah rezeki ku serta isteriku serta ahli keluarga dan rakan2 ku, berikan lah kesihatan tubuh badan kepada kami.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Yang Maha Pengasih, kau kurniakanlah anak2 tahfiz dengan kesihatan, berikan mereka kekuatan. Kurniakan anak anak tahfiz ilmu yang bermanfaat. Berkatilah mereka dunia dan akhirat. Ya Allah, kau permudahkan urusan sales penderma sumbangan ini. Kurniakan dia close case sales yang besar dengan customer agar lebih banyak penderma ini dapat menyumbang sedekah.
0 orang mengaminkan doa ini