PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Saya doakan semoga selurah warga yang ada dipusat perlindungan wargaemas ini dilimpahkan rahmat sihat sejahtera senentiasa kuat dan tegar dalam apapun cabaran/dugaan mendatang . Dan doakan saya semoga dimurahkan rezeki dilancarkan urusan majlis perkahwinan saya yang tidak lama lagi akan berlangsung semoga berjalan lancar tanpa sebarang rintangan 🤲🏻 aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Doakan saya dimurahkan rezeki dilancarkan dan dipermudahkan urusan pernikahan saya yang tak lama lagi akan berlangsung 🤲🏻 aamiin . Dan saya juga mendoakan agar staff dan warga yang ada dirumah perlindungan wargaemas ini senentiasa dilimpahkan rahmat sihat sejahtera selalu aamiin ….

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Saya hadiahkan pahala ini utk arwah suami Abd Rahman Yee bin Abdullah semoga rohnya bersama org2 yg beriman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Semoga penjaga2 rumah ini serta warga2 emas dilindungi ﷲ dan dipermudahkan urusan pembayaran bg penempatan mereka semua. Amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

Semoga dpt meringankan beban utk bayar baki hutang pusat jagaan agar lebih ramai dpt berlindung di An Nur. Aamiin3x Ya Mujib 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

Semoga dpt meringankan beban utk bayar baki hutang pusat jagaan agar lebih ramai dpt berlindung di An Nur. Aamiin3x Ya Mujib 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: