PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah, permudahkan lah urusan dan niat mereka....lindungilah warga emas yg tinggal disitu....Murahkanlah rzki mereka agar ramai org yg menyumbang ....Berilah mereka kekuatan meneruskan hidup...aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doakan supaya saya dapat meninggalkan dosa yang selalu saya lakukan dan bertaubat sesungguh-sungguhnya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan semoga dipermudahkan segala urusan Sy,suami, anak2, ibubapa sy Dan dimurahkan rezeki Sy,suami Dan anak2 serta ibubapa Sy. Mohon ditmptkan km diklngn hamba2 Nya yg soleh solehah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga pahala sedekah ini sy sedekahkn kpd arwah abah dan abg sy dn seluruh ahli keluarga yg telah meninggal dunia

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLINA MOHAMED NOOR

2 tahun yang lepas

Mohon doa buat kedua orangtua saya, almarhum Mohamed Noor bin Abd Karim dan almarhumah Habsah bte Abd Gani. Dan minta doa buat saya agar diberi kesehatan yg lebih baik lagi dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, aaamiiinnn aaamiiinnn aaamiiinnn yaarrabbal alamin. Terima kasih.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah. sekiranya ada pahala pada sedekah yg ku berikan ini , berikanlah pahala ini kepada kedua orang tuaku.. Aamiin2.. ya rabilallamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: