PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan keluarga saya dijauhkan dari segala penyakit dan bahagia sekeluarga sehingga akhir hayat

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARYENNA BINTI MUHAMAD ISA

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini menjadi asbab sy sekeluarga diberikan kesihatan yang berpanjangan utk beribadah ke Allah SWT

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FAIZUL SAHIDAN

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan rumah kebajikan warga emas kempas dan semoga Allah swt melindungi kedua ibubapa saya,diberikan kesihatan,dipanjangkan usia dan sembuhkanlah segala penyakit yang sedang mereka hadapi...aamiin

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan semoga sy dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik, keluarga yg baik2...terima kasih🥰

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

doakan saya dan keluarga saya dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kami dunia akhirat🤲🤲 saya doakan jgk makcik2 dirumah ini dapat kasih sayang sepenuhnya dan bahagia seperti ibu2 yg ada diluar bersama anak2🤲😘

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROMLAH BINTI SANIMAR

2 tahun yang lepas

Semoga mak & ayah saya diberikan kesihatan & semua warga emas di tempat diberikan kesihatan serta kecukupan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: