PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala usaha dipermudahkan serta dimurahkan rezeki..Moga Kita semua mendapat keberkatan Dunia dan akhirat serta dijauhkan Dari azab api neraka.semoga Kita semua dapat Selamat dari seksa kubur dan dimasukkan ke Dalam syurga.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAIZAL MARJANI

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah SWT. AAMIIN YARABBAL ALAMIN.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini dapat membantu.Amiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMMAD JOHAN BIN KAMIS

2 tahun yang lepas

Semoga allah permudahkan segala urusan in sha allah amin amin!

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga pintu2 rezeki dibuka luas untuk bersedekah ❤️

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR RADIAH

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan untuk mencapai matlamat kempen ini. Saya sedekah dengan niat untuk ibu saya Che Hawa binti Ibrahim semoga Allah merahmati rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman semoga diampunkan segala dosa2 ibuku Che Hawa binti Ibrahim amin 🤲🏻

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: