PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga dipermudahkan urusan pembelian rumah perlindungan warga emas nur ehsan. Moga diberi kesihatan utk yg menjaga warga emas di nur ehsan. Hanya Allah dpt membalas jasa kalian.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,Kau bukalah jalan dan limpahi rezeki kepada mereka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,Kau bukalah jalan dan limpahi rezeki kepada mereka

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dikurniakan pasangan dan anak anak yang menyejukkan mata. Dikumpulkan semua ahli keluarga dalam syurga. Anak anak mohon didoakan cemerlang dunia dan akhirat, berbakti kpd kedua ibu bapa dan bermanfaat kepada agama bangsa dan negara

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah...ampunilah dosa2 penghuni di sini, kurniakan ketenangan kpd hati dan jiwa mereka, kurniakan kesihatan dan kesejahteraan kpd mereka. Permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat. Ya Allah...kurniakan kesabaran,kesihatan kpd semua staff yg ada. Ya Allah...cukupkanlah dan luaskanlah rezeki mereka utk semua urusan. Aamiinn.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZARINAH MAAN

2 tahun yang lepas

Semoga sedikit sumbangan ini dapat bantu pihak puan...semoga Allah merahmati segala usaha yg di jalankan...aminn..

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: