MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 13, 2023

AKHIRI PENGHUJUNG RABIULAWWAL DENGAN INFAQ PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR

RM290 / 4.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH REBUT GANJARAN TERBAIK DI SISI ALLAH SWT DENGAN MENABUNG PAHALA JARIYAH UNTUK MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD KAMI.


Di penghujung bulan Rabiulawwal yang penuh keberkatan ini, mari bersama-sama memanfaatkan peluang untuk memberi dan menabung pahala jariyah bagi pembinaan tapak tangki air di maahad kami. Pihak maahad masih memerlukan dana bagi membina 4 buah tapak untuk meletakkan 4 buah tangki air di maahad. Buat masa ini kami masih menjalankan sumbangan memohon dana daripada orang ramai bagi mengumpul dana yang mencukupi agar kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan secepat yang mungkin.



Sumbangan daripada para penyumbang amat bermakna untuk projek pembinaan tapak tangki air yang merupakan fasiliti penting untuk memastikan para pencinta Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dapat memiliki akses kepada bekalan air yang mencukupi. Ini adalah peluang yang baik untuk kita bersama-sama menyokong pendidikan agama anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami.




Kedudukan tangki air yang tinggi akan dapat memastikan pengaliran air berada dalam tekanan yang normal di maahad. Hal ini kerana di kawasan Pekan Ayer Hitam sering berlaku masalah gangguan bekalan air dan juga tekanan air yang rendah. Pihak maahad berharap dengan projek pembinaan tapak tangki air ini dapat membantu mengatasi masalah ketiadaan air dan tekanan air rendah yang sering membelenggu maahad kami.




Akhir kata, jangan lepaskan kesempatan untuk membantu atas jalan kebaikan dan taqwa. Sesungguhnya memberi infaq kepada pendidikan agama adalah salah satu cara terbaik untuk kemaslahatan agama dan juga untuk membantu memudahkan urusan pengajian mereka yang memerlukan. Semoga para penyumbang yang membantu diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOOR FAIZAH JAMALUDDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat