MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 25, 2023

MEMBANTU PENDIDIKAN 2 PELAJAR ASNAF DARI SABAH

RM220 / 7.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH LIMPAHAN RAHMAT DAN PAHALA DENGAN INFAQ UNTUK MEMBANTU DUA PELAJAR ASNAF DARI PEDALAMAN SABAH MENGEJAR CITA MEREKA MENJADI HUFFAZ.


Pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat yang mempunyai rasa kasih sayang dan kepedulian untuk turut serta dalam usaha memberikan bantuan pendidikan kepada dua orang pelajar tahfiz asnaf kami dari pedalaman Sabah. Kempen ini bertujuan untuk membuka pintu peluang pendidikan agama yang berkualiti kepada mereka yang memerlukan untuk mendalami ajaran agama Islam dengan lebih baik.



Cabaran ekonomi sering kali menjadi penghalang bagi pelajar yang datang dari pedalaman Sabah untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Hal ini kerana di pedalaman Sabah masih kekurangan sekolah tahfiz tidak seperti di semenanjung Malaysia. Bantuan pendidikan ini akan menjadi jambatan yang membantu mereka mengejar pendidikan agama yang lebih luas dan berkualiti di luar wilayah asal mereka.



Mulai RM10 mari bersama-sama memberikan sinar harapan kepada mereka demi membantu mencapai matlamat agama yang mulia. Melalui sumbangan ini saudara-saudari akan dapat merasakan kebahagiaan dan pahala yang besar dalam membantu mereka mencapai cita-cita mulia mereka. Ianya juga adalah pelaburan untuk masa depan agama dan generasi yang akan datang.



Akhir kata, ayuh salurkan infaq untuk membantu mereka meraih ilmu dan menjadi huffaz yang membawa sinar kebaikan ke kampung halaman mereka kelak. Semoga Allah SWT membalas semua kebaikan para penyumbang dengan berlipat ganda rahmat-Nya dan menjadikan setiap bantuan ini sebagai amal jariyah yang mengalirkan manfaat ke dalam dunia dan akhirat. Jazakumulluhu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 28, 2023

MARPOA BINTI BARLAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat