MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 05, 2023

BANTU SEDEKAH MAKANAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM2,240 / 44.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GANDAKAN PAHALA DENGAN BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT YANG MULIA UNTUK BANTU SEDEKAH AYAM DAN IKAN SEGAR BAGI PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM.


Bagi mewujudkan rasa syukur, pihak maahad ingin mengajak muslimin dan muslimat untuk berkongsi kebahagiaan dengan sedekah ayam dan ikan segar untuk anak-anak tahfiz di sini. Mulai dari serendah RM10, insyaAllah kalian sudah boleh menyumbang untuk pembelian ayam dan ikan segar kepada pelajar tahfiz. Pelbagai ganjaran disediakan Allah kepada golongan yang suka memberi makan, tidak hanya berpahala bahkan turut dipuji oleh Nabi SAW.


“Sesungguhnya orang yang terbaik antara kalian adalah orang yang memberi makan” 

(HR. Bukhari dan Muslim)




Pihak maahad memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membeli ayam dan ikan segar untuk membantu meringankan kos makanan harian maahad tahfiz kami disini. Maahad kami di sini seperti maahad tahfiz lain juga serba kekurangan sudut dana perbelanjaan yang terhad disebabkan kos sara hidup yang meningkat. 



Sehubungan dengan itu pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk menyediakan bekalan ikan ayam segar yang mencukupi untuk para pelajar dan guru penuntut disini. Pihak Maahad berhajat mencari dana membeli ayam untuk kos selama 2 bulan bagi menampung bekalan makan yang mencukupi. Anggaran untuk seminggu mereka makan adalah 20kg ayam dan 20kg ikan untuk 70 orang pelajar. 




Semoga Allah SWT melimpahkan pahala yang berlipat ganda dan dikembalikan dengan rezeki yang berlipat ganda buat muslimin dan muslimat yang berkongsi nikmat untuk menggembirakan hati para pelajar kami di sini. Jazakumullahu Khairan Jaza'.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat