Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 26, 2023
RM245 / 8.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk menyenangkan perbelanjaan maahad dengan membantu infaq untuk bekalan telur kepada 70 orang pelajar mahaad tahfiz ini. Majoriti para pelajar di sini adalah dari kalangan asnaf dan juga anak-anak yatim miskin. Telur merupakan makanan yang mudah didapati dan para pelajar lebih kerap menikmati hidangan telur dalam setiap bulan kerana harganya yang murah berbanding ikan, ayam, daging dan lain-lain.
Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi, malah mengandungi banyak jenis vitamin yan penting untuk badan seperti kalsium, vitamin B9, A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi. Telur kuning juga mengandungi mineral dan vitamin. Vitamin B2 dalam telur dikenali sebagai riboflavin amat penting untuk membantu badan menukar makanan menjadi tenaga.
Sedekah adalah salah satu amalan ibadah Nabi SAW yang mendatangkan banyak pahala. Memberi makan kepada orang yang dimuliakan Allah terutama memberi makanan berkhasiat kepada pelajar Tahfiz yang menuntut ilmu Al-Quran, sudah tentu lebih mulia dan besar pahala yang Allah berikan kepada orang yang bersedekah makanan. Selain pahalanya besar, sedekah juga dapat menambah harta dan keberkatan.
“Ya Rasulullah perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sehubungan itu, anak-anak tahfiz di sini sangat memerlukan bekalan makanan yang memberi tenaga mencukupi untuk memberikan nutrisi kepada badan mereka agar tubuh badan mereka sihat dan cergas untuk belajar Al-Quran, menuntut ilmu agama dan beribadah. Telur adalah keperluan asas bagi semua manusia termasuklah kita sendiri.
Bermula dengan RM10, pihak maahad menyeru marilah bersama-sama dalam berbuat kebaikan dan meraih rahmat Allah. Sumbangan ini akan memberikan semangat dan harapan kepada mereka untuk meraih masa depan yang cerah. Pihak maahad mengucapkan jazakamullahu khairan jaza atas sumbangan para dermawan sekalian. Semoga Allah sentiasa memudahkan kita untuk sentiasa melazimi amalan sedekah dan Allah mengumpulkan semua yang ikhlas bersedekah di syurgaNya.
“Barangsiapa gemar memberi makan orang lain, disediakan baginya pintu khusus di surga yang tiada orang lain memasukinya selain dirinya dan semisal dengannya”
(HR Tabrani).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2023