MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 10, 2023

INFAQ KURMA DAN KISMIS KEPADA PELAJAR TAHFIZ YANG KURANG BERKEMAMPUAN

RM110 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD INGIN MENGAJAK PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT UNTUK MENAMBAHKAN LAGI PAHALA PADA AKHIR BULAN MUHARRAM INI DENGAN BERSEDEKAH KEPADA PELAJAR TAHFIZ YANG KURANG BERKEMAMPUAN INI.


Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Kesihatan merupakan kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi. Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak/pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.


Pihak maahad ingin membuka kempen sedekah kurma dan kismis kepada para pelajar di maahad kami ini. Kempen ini bertujuan untuk pihak maahad menyediakan makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti buah kurma dan kismis untuk para pelajar. Makanan tambahan ini dapat membantu anak-anak tahfiz ini belajar dengan lebih lancar dan cemerlang.



Rasulullah hanya makan dan minum yang halal mengikut syariat dan berkhasiat. Antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah buah kurma. Buah kurma menpunyai banyak khasiat iaitu garam dan mineral, kaya dengan vitamin serta mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Selain itu, buah kurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Kajian menunjukkan buah kurma dapat meningkatkan daya ingatan.



Seterusnya, kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan dan mempunyai garam mineral dan vitamin-vitamin yang bagus. Khasiat magnesium yang terdapat dalam kismis bagus untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga. Kismis adalah makanan yang bagus untuk kecerdasan otak iaitu mampu meningkatkan penumpuan serta meningkatkan memori.


Seperti yang kita sedia maklum buah kurma dan kismis mempunyai khasiat yang tersendiri dan bagus untuk dijadikan makanan tambahan untuk anak-anak tahfiz yang mengaji ilmu Al-Quran ini. Dengan menambahkan buah kurma dan kismis dalam pola makanan para pelajar ini dapat membantu dari segi kecerdasan otak dan fikiran mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada semua dermawan yang memberikan sumbangan. Segala sumbangan infaq kalian akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembelian buah kurma dan kismis. Semoga Allah SWT memberkahi kehidupan kalian untuk memberikan kemudahan dalam merealisasikan impian dan hajat seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat