Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Apr 22, 2024
RM135 / 4.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Peningkatan suhu yang ekstrim sejak kebelakangan ini telah mengakibatkan kita cepat berasa haus dan panas. Tidak terkecuali anak-anak kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Akibat keadaan pengaliran air yang tidak menentu bekalan air minuman perlulah disimpan untuk keperluan kecemasan sahaja.
Oleh itu, pihak kami menadah sepuluh jari untuk mengajak anda untuk bersama-sama membantu kami menyediakan penapis air bagi memastikan anak-anak maahad mendapat keperluan air yang mencukupi dan berkualiti dalam usaha untuk memastikan mereka kekal sihat.
Usaha ini juga untuk membantu mereka untuk kekal bertenaga ketika menghafal al-quran seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti hafalan mereka. Akibat peningkatan harga barangan keperluan yang lain membuatkan kami susah untuk menyediakan bekalan air minuman secara berterusan.
Besar harapan kami agar pihak Tuan dan Puan dapat membantu anak-anak kami untuk menjalani sesi pembelajaran al-quran dengan lebih selesa dengan adanya mesin penapis air ini. Di samping itu, dapat membekalkan air dari sumber yang bersih dan selamat. Segala sumbangan dan usaha Tuan dan Puan amatlah kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Ternyata sedekah air merupakan sedekah yang disukai Rasulullah SAW. Hal tersebut disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i, serta Ibnu Majah. “Sedekah apa yang paling engkau sukai?” Rasulullah SAW menjawab, “Sedekah air.”
Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat agar sama-sama membantu atas jalan ketaqwaan untuk berinfaq kepada Maahad Tahfiz supaya Maahad dapat menyediakan bekalan air yang bersih untuk anak tahfiz di sini berjihad menuntut ilmu dengan tenaga yang mencukupi dan sihat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2024
AMIRUL
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 26, 2024
AMIRUL HAZIQ BIN AHMAD
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2024