Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Nov 05, 2024
RM45 / 1.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
3 Penyumbang
30 Baki Hari
Kempen infaq kerusi roda bertujuan untuk menyediakan bantuan mobiliti kepada individu yang memerlukan terutama mereka yang kurang upaya, warga emas atau pesakit yang menghadapi kesukaran bergerak. Kempen ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti hidup penerima, tetapi juga menggalakkan budaya infaq dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
Antara objektif kempen ialah membantu mereka yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak dengan lebih mudah dan selesa. Seterusnya, dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang tidak mampu membeli kerusi roda untuk ahli keluarga mereka dan juga menggalakkan masyarakat untuk melakukan infaq atau sumbangan yang memberi manfaat kepada individu yang kurang berkemampuan.
Untuk pelaksanaan pertamanya ialah jawatankuasa akan bekerjasama dengan hospital, pusat penjagaan, rumah kebajikan, dan organisasi komuniti untuk mengenal pasti individu yang memerlukan kerusi roda. Selain itu, dengan melibatkan pemimpin komuniti atau ketua kampung untuk mendapatkan maklumat tentang individu memerlukan di kawasan setempat.
Jawatankuasa juga mengadakan kempen sumbangan di media sosial, laman web, atau aplikasi yang menyokong infaq, seperti platform sumbangan. Komuniti Ihsan akan melibatkan sukarelawan untuk membantu dalam proses pengedaran dan memastikan kerusi roda diserahkan secara teratur kepada penerima.
Kerusi roda membantu penerima bergerak lebih bebas, meningkatkan kualiti hidup, dan mengurangkan kebergantungan kepada penjaga. Kempen ini memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam amal kebajikan dengan infaq yang akan memberi impak langsung kepada kehidupan penerima.
Kempen ini meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan infaq dan memberi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan. Kempen infaq kerusi roda adalah satu usaha mulia yang mampu memberi perubahan besar dalam kehidupan penerima, selain dapat mempereratkan hubungan antara masyarakat dengan menanamkan sifat prihatin dan budaya infaq.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2024