MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 11, 2023

INFAQ DANA KEPERLUAN HARI RAYA ANAK YATIM TAHFIZ MISKIN DAN ASNAF

RM850 / 12.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI DENGAN SEDEKAH UNTUK MENCERIAKAN HARI RAYA MEREKA BAGI KEMUDAHAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH. JADIKAN HARTA DUNIA SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK.


Sabda Rasulullah SAW: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini,” kemudian Baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah Baginda SAW serta agak merenggangkan keduanya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah mempunyai pelajar seramai 70 orang yang mana sebahagian besar terdiri dari kalangan anak yatim miskin dan asnaf yang memerlukan pembelaan untuk dibantu kerana ketiadaan persiapan hari raya yang lengkap. Mereka terdiri daripada yang kurang berkemampuan. Pihak maahad mendidik para pelajar terpinggir ini agar lebih berkeyakinan dan tidak mudah putus asa dengan ujian kehidupan. Rata-rata mereka datang daripada keluarga yang miskin yang memungkinkan mereka tidak dapat menghabiskan persekolahan akibat kemiskinan keluarga.


Oleh itu, pihak maahad berhasrat membuka tabung infaq bagi membantu menceriakan mereka dengan memperolehi dana membeli persiapan raya seperti pakaian, kuih-muih, juadah perayaan, duit raya saguhati tadarrus Al-Quran, dan imam bagi terawih yang dijalankan agar menggembirakan hati anak-anak syurga ini seperti sabda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan”(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, mari kita raih dan mengumpul pahala berganda-ganda di bulan Ramadan dengan amal ibadah wajib dan sunat serta memperbanyakkan amalan infaq sedekah Ramadan. Kami menyediakan peluang untuk anda infaq di jalan Allah, infaq sedekah fisabilillah. Bulan Ramadan adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka, lebih-lebih lagi sedekah di akhir Ramadhan.


Akhir kata, pihak Maahad menyeru muslimin dan muslimat agar sama-sama membantu pihak maahad membantu anak-anak syurga ini kerana Allah SWT. Berkat dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, mudah-mudahan mendapat rahmat Allah SWT dan redhanya. Semoga sumbangan infaq muslimin dan muslimat yang sedikit ini menjadikan penyebab kepada kita untuk masuk ke syurga dan berada bersama Rasulullah SAW yang kita cintai. Jazakumullahu Khairan Jaza’.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

KHAIRUL EFFENDY BIN KHAIRUL ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

MUHAMMAD SYAHMI BIN FAIZ AHMAD KHAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat