MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 03, 2024

TABUNG INFAQ UNTUK KELAS FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM115 / 3.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hulurkan kasih dengan menyumbang kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini agar mereka dapat mempelajari ilmu fardhu ain dengan selesa dan baik.


Dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT, marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf. Mereka adalah amanah Allah kepada kita, dan mereka merupakan tanggungjawab kita untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna, terutamanya dalam ilmu fardhu ain.



Oleh itu, pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menyumbang bagi kelancaran kelas fardhu ain pelajar asnaf, dan yatim di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Sumbangan anda bukan sahaja memberikan kegembiraan buat mereka, tetapi juga menjadi saham akhirat yang akan berterusan pahalanya. Setiap infaq yang diberikan membantu pihak kami menyediakan keperluan asas, pendidikan, dan persekitaran yang kondusif lagi selesa bagi anak-anak ini untuk terus maju dalam pengajian mereka.


“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Dengan sumbangan dan infaq yang ikhlas daripada anda semua, kami berharap dapat menyediakan keperluan pengajian seperti kitab-kitab, pakaian dan keperluan peribadi yang mencukupi untuk mereka. Bantuan anda akan menjadi penyokong utama dalam memastikan anak-anak ini dapat terus menimba ilmu tanpa halangan kewangan.


  

Mulai RM10, ayuh bersama-sama mengambil peluang ini untuk menambah bekalan akhirat kita dengan menginfaqkan sebahagian daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita. Hulurkanlah bantuan kasih ini bagi memastikan anak-anak yatim dan asnaf mendapat pendidikan yang sewajarnya dalam mempelajari ilmu fardhu ain. Semoga Allah SWT memberkati hidup anda dan membalas amalan infaq ini dengan ganjaran yang berlipat kali ganda serta beroleh keredaan Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat