MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 05, 2024

INFAQ TAMBUN TANAH MAHAAD TAHFIZ ANAK YATIM DAN ASNAF

RM215 / 0.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA RAIH PAHALA AKHIRAT DENGAN BANGKIT MENOLONG PUSAT TAHFIZ YANG MEMERLUKAN DANA!


Kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan sumbagan dana infaq untuk menambun tanah bagi tujuan pembinaan bangunan baru.Dengan siapnya projek tambun tanah ini bolehlah urusan pembinaan banggunan akan dijalankan insy-Allah. Pihak maahad memerlukan lebih kurang 100 buah lori untuk menyempurnakan proses tambun tanah.



Oleh itu, pihak mahaad melancarkan kempen infaq tambun tanah RM10 bagi menyempurnakan hasrat tersebut. Untuk makluman semua, pihak mahaad kekurangan dana seperti mahaad tahfiz yang lain juga. Saya mewakili pihak pengelola Mahaad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan untuk sama-sama menyiapkan bangunan yang baru demi menampung pertambahan pelajar yang meningkat tahun demi tahun.


Sumbangan ini akan berkekalan dan bermanfaat selagi mana para pelajar terus menerus belajar untuk tahun-tahun mendatang. Jadi, pihak mahaad amat mengalu-alukan para penyumbang yang budiman untuk menyumbag dana infaq tambun tanah kompleks bangunan tahfiz yang akan didirikan tidak lama lagi. Semoga kesungguhan dan pahala pelajar ini menuntut ilmu agama turut sampai kepada penyumbangnya



Justeru itu, ibadah sunat yang sangat digalakkan oleh agama Islam adalah menghulurkan sedekah. Sedekah bukan sahaja merupakan amalan yang terpuji, malah sangat tinggi nilainya. Sedekah juga adalah amalan yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Hal ini kerana, manfaat sedekah dalam Islam boleh memberikan impak yang besar, malahan Allah SWT turut memberi jaminan ganjaran yang besar bagi mereka yang rajin bersedekah.




Kebiasaannya sedekah jariah merupakan sedekah yang tidak akan putus pahalanya. Pahalanya akan tetap mengalir dan termasuk dalam amalan yang Allah SWT amat cintai. Apabila seseorang itu mampu melakukan sedekah tersebut, maka Allah SWT akan janjikan syurga untuknya. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat