MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 13, 2023

INFAQ SUBUH PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ

RM170 / 0.11 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KITA BERSAMA MENGUKIR SENYUMAN DI WAJAH ANAK-ANAK YATIM DI MAAHAD KAMI DENGAN BERSEDEKAH UNTUK PENDIDIKAN MEREKA. AYUH BANTU MEREKA AGAR DAPAT MENDORONG KITA KE SYURGA.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din bermula di pondok Ayer Hitam Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Hj Abu Bakar Palestine telah wujud kembali, dengan wujudnya pelajar-pelajar yang datang belajar dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbiran telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai Mudir Maahad. Pengajian di maahad ini merangkumi hafalan Al-Quran, pembelajar fardhu ain dan akhlak.




Sehubungan dengan itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah diri mengajak muslimin dan muslimat yang berhati mulia untuk berinfaq pembelian tanah kepada pendidikan pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim di maahad kami. Pembelian tanah ini akan memberikan manfaat yang besar bagi mereka dalam memperoleh pendidikan agama yang berkualiti dan lingkungan pengajian yang kondusif.



Allah SWT benar-benar memuliakan orang yang bersedekah. Ia menjanjikan balasan yang menakjubkan bagi orang yang gemar bersedekah hingga 700 kali ganda jika di luar Ramadan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kerana kesudian berkongsi harta bagi membantu pelajar tahfiz yatim mewujudkan impian mereka menjadi seorang huffaz Al-Quran. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan kemurahan hati kalian dengan limpahan rezeki dan keberkatan hidup dunia akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2023

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 13, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat