MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 15, 2024

INFAQ SIMEN UNTUK PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN

RM405 / 13.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ KE JALAN ALLAH DENGAN INFAQ SIMEN UNTUK MEMBINA BILIK PENGAJIAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan daripada para penyumbang yang dirahmati Allah SWT untuk projek pembinaan bilik pengajian dengan kempen infaq simen bagi para pelajar tahfiz kami di sini. Tujuannya adalah untuk membina kemudahan bilik pengajian, dewan makan, dapur masak dan lain-lain lagi untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak syurga yang sedang menuntut ilmu. Semoga dengan adanya bangunan yang selesa ini akan memberi semangat bagi penuntut meningkatkan ilmu pengetahuan dan melahirkan generasi ulul albab yang beramal soleh.



Simen amat diperlukan dalam menyiapkan kerja-kerja pembinaan dewan pengajian, dapur masak, dewan makan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq simen bagi mempercepatkan proses pembinaan bangunan yang belum selesai. Kami berharap anda dapat sama-sama membantu dan merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk menyiapkan prasarana kelas pengajian maahad yang belum siap sepenuhnya ini. Insya-Allah, dengan infaq kalian akan mempercepatkan proses pembinaan yang sedang berjalan. Pihak maahad akan mendoakan penginfak agar sentiasa diberi rahmat dan hidayah serta rezeki yang melimpah ruah dalam ketaatan kepada Allah SWT.


Baginda Rasulullah SAW bersabda:
ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ فأخْفَاهَا حتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ ما تُنْفِقُ يَمِينُهُ


“Dan seorang yang bersedekah lalu disembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari no 1423)


Sehubungan itu, dengan sempurnanya projek ini akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dan usaha melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang keilmuan agama. Generasi ulul albab yang beramal dan memahami tuntutan Al-Quran akan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sekitar dan meneruskan warisan ilmu Al-Quran kepada generasi yang akan datang nanti.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2024

NUR AMALINA ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2024

Kempen Sumbangan Tamat