Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 16, 2024
RM235 / 5.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang kepada para penyumbang yang dirahmati Allah SWT untuk menjayakan kempen infaq simen bagi para pelajar tahfiz kami di sini. Tujuannya adalah untuk membina kemudahan dewan makan, dapur masak dan lain-lain lagi untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak syurga yang sedang menuntut ilmu.
Pihak kami merancang untuk membangunkan sebuah dewan makan buat anak-anak di sini kerana sekarang ini para pelajar tidak mempunyai ruang yang khusus untuk makan. Mereka hanya makan di kaki-kaki lima sahaja. Selain itu, pihak maahad ingin membina sebuah dapur masak baru yang lebih luas supaya dapat memberi keselesaan kepada tukang masak dalam menyediakan masakan. Dengan adanya dapur masak baru ini, kami dapat menyimpan barang-barang dan alatan memasak dengan lebih selamat dan tersusun kemas.
RUANG MAKAN PELAJAR
Bagi merealisasikan pembinaan prasarana ini, pihak kami memerlukan bahan-bahan pembinaan antaranya simen, batu bata, besi dan sebagainya. Di peringkat awal ini, pihak kami merancang bagi membeli beberapa beg simen. Sehubungan itu, pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat bagi berinfaq untuk pembelian simen bagi kerja-kerja pembinaan tersebut.
DAPUR MASAK SEKARANG
Bermula RM10, ayuh merebut peluang ini membantu bangunkan pusat tahfiz ini di samping meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah SWT. Sumbangan anda boleh membawa perubahan besar dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa untuk para pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf di sini. Mudah-mudahan ia akan menjadi amal jariah yang akan menjadi bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi dan amal yang diterima Allah SWT.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ).1.sedekah jariah 2.ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai) dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM140.00
Oct 30, 2024
NURUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 25, 2024
ABDUL KARIM BIN HUSAIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 18, 2024