MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 18, 2023

INFAQ SEDEKAH BERAS KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM120 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM MENYUMBANG INFAQ BERAS! SEMOGA KEMPEN INI DAPAT MENCERIAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DENGAN BANTUAN MAKANAN DAN BERAS YANG DIPERLUKAN.


Setiap bulan di dalam Islam ada keistimewaannya yang tersendiri. Tiga bulan utama iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan adalah bulan untuk beramal ibadah. Namun, kita juga perlu merebut gandaan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT di dalam bulan Islam yang lain. Salah satunya, di dalam bulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.



Antara amalan yang digalakkan ialah memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW dan memperbanyakkan bersedekah. Salah satu sifat mulia Baginda Nabi SAW iaitu, gemar bersedekah. Hukumnya adalah sunat dan sangat digalakkan. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi dengan bersedekah. Salah satunya sepertimana firman Allah SWT:


ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُم بِٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah: 274)



Sehubungan itu, Pihak Maahad menyeru para dermawan muslimin muslimat memberikan bantuan infaq beras yang akan memberikan tenaga kepada anak-anak tahfiz kami sepanjang hari. Kenaikan harga beras pada masa kini agak mengganggu pihak maahad untuk menyediakan beras yang mencukupi kepada para pelajar tahfiz. Ini adalah peluang untuk para penderma turut serta dalam perjuangan mereka dalam memahami dan menghafal Al-Quran. Mari kita kumpul saham akhirat kita dengan memberikan mereka makanan yang berkualiti dan berkhasiat.



Maahad tahfiz ingin menjemput muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk berinfaq beras untuk pelajar di maahad ini. InshaAllah mulai RM10, anda dapat membelikan beras bagi pelajar maahad ini. Dengan rahmat Allah SWT dan bantuan anda pihak maahad akan menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak tahfiz kami. Semoga Allah memberikan keberkatan dan pahala yang melimpah kepada penyumbang semua dan setiap butir beras yang dijamah akan menjadi sumber keberkatan bagi mereka. Marilah juga kita  berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat