MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 06, 2023

INFAQ RAMADHAN PEMBANGUNAN DAPUR DAN DEWAN MAKAN MAAHAD TAHFIZ

RM555 / 2.78 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BEREBUT PELUANG MENJADI JUTAWAN AKHIRAT DI BULAN RAMADAN DENGAN MEMBELANJAKAN HARTA BAGI PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN DAPUR MEMASAK SERTA DEWAN MAKAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ INI.


Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia dan istimewa ini, Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah bagi pembangunan dan pembinaan sebuah dapur masak mini dan dewan makan untuk maahad tahfiz baru kami di sini dan juga bagi membeli peralatan memasak dapur dan sebagainya.




Sehubungan itu, pihak maahad berharap agar anda dapat membantu pihak kami untuk merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk membina sebuah dapur masak yang lengkap dengan kelengkapan memasak bagi tujuan untuk menyediakan juadah harian untuk penuntut disini kelak. Pihak maahad juga ingin membina dewan makan bagi menempatkan 70 orang para pelajar demi kemudahan dan keselesaan mereka.



Seandainya Allah takdirkan ramadhan ini yang terakhir kita akan lalui tahun ini. Maka, mari kita sama-sama jadikan Ramadhan tahun ini yang paling terbaik amalan dan kebaikan yang kita pernah lakukan. Sekiranya kita niatkan pahala sedekah jariyah ke atas arwah keluarga tersayang, insya-Allah mereka juga dapat menikmati pahala tersebut hasil dari amal soleh anak-anak mereka yang masih hidup di atas dunia. 



Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk memperbanyakkan sedekah pada bulan yang penuh kemuliaan ini. Semoga setiap biji pasir, bata, semin, besi, kayu menjadi asbab berdirinya dapur dan dewan makan ini menjadi saksi pembelaan para penyumbang di hari akhirat nanti dan pahalanya terus mengalir buat penyumbang selagimana bangunan ini mencetak ribuan generasi Huffaz Al-Quran di Maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. 


“Setiap amal manusia akan diganjarkan kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: "Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.”

(HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat