MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 13, 2024

INFAQ PEMBELIAN TANAH

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama memudahkan prasarana untuk pembelian tanah anak-anak yatim dan asnaf.


Pihak maahad memohon kepada tuan/puan yang penuh kasih sayang dan kecintaan kepada akhirat agar sama-sama berinfaq untuk pembelian tanah yang akan menjadi landasan bagi pembinaan maahad tahfiz. Pihak kami merencana membeli sebidang tanah untuk di membina tempat pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan asnaf agar mereka mendapat peluang pendidikan secara percuma.



Anak-anak yang datang daripada latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik ini,sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak anda untuk mendapatkan pendidikan yang selayaknya. Bantuan sumbagan daripada orang ramai bagi merealisasikan tujuan murni ini adalah satu anugerah yang akan memberikan mereka tempat yang aman dan selesa untuk mereka meraih pengetahuan agama dengan lebih baik.



Pada peringkat awal kami telah memulakan proses pembinaan fasa pertama dan masih lagi ruangan untuk aktiviti kelas yang belum mencukupi. Oleh itu, pihak maahad berhasrat untuk menambah ruangan tanah dengan membeli tanah untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran kelas anak yatim dan asnaf di sini. Kami mengharapkan pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dapat berjalan secepat mungkin untuk mengelakkan kenaikan kos serta memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang selesa.



Infaq Tanah adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan infaq tanah merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada penginfaq buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat