MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 22, 2023

INFAQ KOS PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM430 / 6.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUT PELUANG MENABUNG SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYUMBANG UNTUK KOS PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. SEMOGA KEBAIKAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT.


REBUT PELUANG MENABUNG SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYUMBANG UNTUK KOS PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. SEMOGA KEBAIKAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT.


Dengan tulus ikhlas dan kesedaran terhadap kepentingan air bersih dalam menjalankan kehidupan seharian, marilah bersama-sama menyumbangkan sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan untuk menjayakan pembinaan tapak tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Sumbangan ini bukan hanya amal kebajikan, tetapi juga amal jariyah yang akan terus mengalirkan pahala kepada pelakunya, setiap kali air itu digunakan oleh pelajar, guru, dan komuniti setempat.



Tujuan projek pembinaan tapak tangki air ini dilaksanakan kerana ini adalah satu langkah yang amat penting dan strategik dalam menangani isu tekanan air rendah dan kekurangan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan Pekan Ayer Hitam. Dengan membina tapak tangki pihak maahad akan menempatkan tangki air pada ketinggian yang sesuai, bagi memastikan kelancaran pengaliran air berada pada tekanan yang normal.



Sehubungan itu, mulai serendah RM10 mari rebut peluang berbuat kebaikan untuk membantu menyalurkan dana bagi kerja-kerja pembinaan tapak tangki air di sini. Kelak dengan adanya 4 buah tangki air yang diletakkan pada ketinggian yang tertentu, bekalan air akan lebih terjamin, keperluan harian para pelajar seperti kebersihan diri, persediaan makanan, dan aktiviti harian lain dapat dijalankan dengan lebih lancar dan efisien.



Akhir kata, kami berharap dengan adanya sumbangan daripada saudara-saudari yang prihatin ianya dapat membantu memastikan kestabilan kehidupan dan memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada generasi muda dalam menuntut ilmu agama. Sumbangan para dermawan adalah langkah kecil yang dapat memberikan impak besar untuk kesejahteraan dan kemajuan pendidikan di maahad kami.Jangan lepaskan peluang untuk menabung pahala melalui amal jariyah ini. Bersama kita membina kehidupan yang lebih baik dan mendapat redha Allah SWT. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat