MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 31, 2024

INFAQ DAGING KORBAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM100 / 3.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH SALURKAN SUMBANGAN BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ MISKIN DI MAAHAD KAMI AGAR MEREKA DAPAT MERASAI DAGING KORBAN DI AIDILADHA NANTI.


Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk berada lagi di penghujung bulan Zulkaedah dan seterusnya bakal menyambut bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan tidak lama lagi. Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang kelak, kami daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada tuan/puan untuk turut serta dalam meraih keberkatan dan pahala melalui infaq daging korban.



Sebagai makluman, kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah kini mempunyai seramai 70 orang pelajar yang majoritinya terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim miskin. Untuk memastikan mereka dapat merasai kemanisan dan keberkatan daging korban, kami ingin memohon sumbangan daripada tuan/puan bagi mendapatkan dua ekor kambing untuk dijadikan santapan mereka sempena Aidiladha ini.



Ramai pelajar kami terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim. Dengan sumbangan tuan/puan, kita dapat memberikan mereka pengalaman sambutan Hari Raya Korban yang lebih bermakna dan menggembirakan. Melalui ibadah korban, kita memupuk semangat pengorbanan dalam diri kita dan juga anak-anak tahfiz. Ini juga dapat meningkatkan rasa kebersamaan dan kekeluargaan di kalangan mereka.



Sehubungan itu, bermula dengan RM10 ayuh salurkan sedikit sebanyak wang untuk kami mendapatkan dua ekor kambing sebagai santapan anak-anak tahfiz sempena Hari Raya Aidiladha. Insya-Allah, berkat sumbangan muslimin dan muslimat, dapatlah kami kongsikan daging korban tersebut untuk anak-anak tahfiz miskin di maahad kami.



Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2024

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2024

ANIS LAILA BINTI ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 03, 2024

LATIFAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 03, 2024

Kempen Sumbangan Tamat